Monday, April 18, 2016

Apakah detoks yang sebenar...

~Detox Detox~

Detox ialah nyahtoksin yakni satu proses membuanh toksin atau bahan2 beracun & membahayakan dari badan.
Untuk detox yg berkesan, kita bukan saja kena buang toksin, malah lebih utama menghentikan kemasukan toksin ke dalam tubuh kita!

Dari mana datangnya toksin2 ni?

1) Pemakanan

Makanan dan minuman yg tak berkhasiat, makanan dan minuman diproses, makanan dan minuman yang mengandungi perisa tiruan pewarna tiruan dan sebagainya, makanan yg tak seimbang, dan sebagainya.

2) Barangan kegunaan harian

Toileteries, kosmetik, produk kulit, pewangi, pencuci yang mengandungi bahan terlarang.

3) Udara

Asap kereta, asap kilang, asap rokok, radiasi, dan sebagainya.

4) Mindset

Asyik stress, fikir negatif, banyak alasan, merungut tak sudah2 dan sebagainya.

5) Jiwa yang kotor

Sering melanggar perintah Allah, jarang bertaubat, lalai dalam beribadah.

Bila nak buat detox, bukan semata2 kita makan produk detox atau ikut mealplan detox... Sebaliknya kita kena detox seluruh kehidupan kita.

Detox dapur --- tidak lagi menggunakan bahan2 perasa tambahan, bertukarlah kepada bumbu asli seperti bawang dan ikan bilis, buat stok ayam sendiri dan sebagainya. Tidak lagi mengamalkan makanan segera yang diproses menggunakan bahan2 penyedap. mengurangkan pengambilan gula dan menukar gula putih kepada alternatif yg lebih sihat.

Detox rumah --- tidak lagi menggunakan bahan2 kegunaan rumah yg mengandungi bahan kimia yang memberi kesan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Bertukarlah kepada yg organik dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Detox wangian --- bersih itu tiada bau. Tidak perlu bau-bau yang kuat walaupun wangi kerana kebanyakannya diformulasikan dari bahan kimia yg memberi kesan kepada manusia.

Detox jiwa --- mengamalkan istighfar membersihkan jiwa, bertaubat, bersedekah, bersyukur dan segala amalan yg dicintai Allah.

Banyak perkara dalam hidup kita kena detox untuk buang racun2 dunia, agar hidup kita bukan saja bahagia di dunia, malah lebih2 lagi di akhirat.